Wednesday 9 October 2013

Tema Kahwin: Perlu Bijak Memilih Warna

Kebanyakan pengantin mengakui masalah paling ketara memilih baju pengantin ialah warna yang ingin dipakai ketika majlis nikah dan hari persandingan

Walau apa juga pendapat, pelbagai faktor harus diambil kira. Antaranya warna kulit, ukuran badan serta bajet yang akan menentukan jenis dan gaya padanan bersesuaian serta warna tema pakaian.



Antara panduan yang boleh diikuti:
 
Pilih warna lembut untuk pernikahan

Untuk pernikahan, sebaiknya pilih rona lembut dan tidak terlalu terang. Warna Putih (Pearl White) yang biasa dipakai dan warna selamat. Jika inginkan kelainan, pilih warna merah jambu lembut, kelabu, keemasan atau coklat bagi menandakan anda akan menghadiri majlis pernikahan. Warna sebegini sesuai untuk semua jenis kulit.


Dapatkan panda­ngan pakar perunding majlis perkahwinan

Sebaiknya sebelum memilih tema majlis atau menempah baju, pastikan anda mendapatkan pandangan pakar daripada jurusolek atau perunding majlis perkahwinan supaya warna dipilih bersesuaian dengan personaliti anda.

Kebiasaannya apa yang disukai mempelai tidak semestinya cantik pada pandangan mata ramai. 

Pilihan warna sedondon

Sekiranya anda sudah menetapkan tema pakaian, pilih rona tudung dan kasut sepadan dan tidak berbeza dengan warna busana bagi mengelak anda nampak janggal pada hari bahagia.

Ada juga mempelai yang ingin memakai warna tudung berbeza tetapi pastikan ia masih di dalam ton warna yang sama, begitu juga dengan kasut. Ini kerana bagi mempelai yang mengenakan layah, ia cukup menaikkan seri pengantin terutama apabila berjalan memasuki pintu utama dewan menuju ke pelamin.

No comments:

Post a Comment